![]() |
||||||||
|
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
|
|
||||||||
|
|
||||||||
|
|
||||||||
|
Terma & Syarat ......................................................................................................................................................................................................................................................
Bagaimanakah Bentuk Bayaran? Maklumat tentang butir akaun kami akan diberikan kepada anda jika anda bersetuju untuk menempah daripada kami. kami memerlukan 50% deposit dahulu jika tempahan melebihi 30 unit dan 50% lagi selepas item siap diproses dan sebelum penghantaran dilakukan.
Berapa Lamakah Masa Yang Diambil Untuk Siapkan Tempahan Kami? Segala proses akan cuba disiapkan dalam masa 1-3 minggu dan ianya bergantung kepada jumlah tempahan anda.
Adakah Stok Sentiasa Ada Untuk Kami? Kami akan pastikan stok yang ada sentiasa mencukupi untuk anda.Kami akan proses kepada sesiapa yang tempah lebih awal, dalam erti kata lain siapa cepat dia dapat namun jika kami telah kehabisan stok, anda akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum proses dimulakan.Anda boleh meminta untuk dipulangkan wang semula ataupun menunggu hingga stok yang baru tiba ataupun kami akan cadangkan anda tukar ke brand lain yang sama materialnya dengan tempahan anda.
Berapa Lamakah Masa Yang Kami Perlu Tunggu Hingga Stok Yang Baru Tiba? Ianya mengambil masa 1-2 minggu untuk menunggu hingga stok yang baru tiba.
Bagaimanakah Penghantaran Dilakukan? Jika tempahan dibuat luar dari kawasan Pulau Pinang, kami akan membuat penghanatarn menggunakan Servis yang diberikan oleh Pos Malaysia Berhad, diyakini selamat tiba kepada anda.
Bolehkah Tempahan Kami Dipulangkan Semula? Tempahan Anda tidak boleh dipulangkan semula melainkan tempahan tersebut berlaku kerosakan yang disebabkan oleh kesilapan oleh pihak Terus Teguh Enterprise sendiri.
Bagaimana Kerugian Kami Diganti? Wang akan dipulangkan semula selepas item tersebut berada pada tangan kami dengan kadar 60%-80% dari harga yang telah diberikan ataupun kami mengganti produk yang rosak tersebut dengan produk yang baru yang sama jenis dengan tempahan yang anda lakukan
Adakah Pihak Terus Teguh Enterprise Akan Menanggung Kos Penghantaran Semula Item? Kami tidak akan menanggung kos penghantaran semula item.
Bolehkah Kami Membuat Penukaran? Ya anda boleh membuat penukaran item, tetapi item yang ditukar mestilah item yang sama. Selain itu item yang mahu ditukar mestilah item kosong tanpa dicetak atau disulam.
Bolehkah Kami Menjadi Orang Tengah Terus Teguh Enterprise? Ya sudah tentu kami menerima anda untuk menjadi orang tengah. Tetapi kami perlukan bayaran dahulu sebelum tempahan dihantar kepada anda.
Berapakah Bayaran Untuk Menjadi Orang Tengah? Kami tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk menjadi orang tengah. ......................................................................................................................................................................................................................................................
|