Status|Testimoni|Blog|Aksesori Wanita   Baru

Selamat Datang Ke Website Terus Teguh Enterprise  |  Terus Teguh Bersama Islam

Testimoni Pelanggan

......................................................................................................................................................................................................................................................

  01 JULAI 2010:MOHD ARIF (KLANG, SELANGOR)
salam saudara,
tempahan t-shirt telah pun diterima... untuk tempahan ke-3 ni saya amatlah berpuashati dengan kualiti cetakan saudara... sgt kemas... terima kasih ^__^

 

20 JUN 2010:ALIN AZALEA (CHANGLUN, KEDAH)
Assalamualaikum wbt..

Kepada terusteguh.com, sy mengucapkan terima kasih krn sy telah menerima penghantaran dr pihak anda (17/06/2010)..Kondisi brg berada dlm keadaan baik.Pesanan diterima dlm tempoh yg ditetapkan.Syabas!
Pesanan selanjutnya akn menyusul...

Sekian,terima kasih..

 

26 FEBRUARI 2010:ZURIDAH (KOTA TINGGI, JOHOR)
 
k..tempahan telah sampai pada 24/2/2010..
semuanyer ok..tq k

 

  21 FEBRUARI 2010:USALLINA UJANG
  Semua ok tiada masalah

 

  29 JANUARI 2010:ZURIDAH BINTI MOHD ZOB (KOTA TINGGI, JOHOR)
  salam bro..
barang dah sampai..
tq k..barang in a good condition..
next time nak order lagi k...:-)

 

  31 DECEMBER 2009:RASIS JALIL (SELANGOR)
baru-baru ini saya telah menempah sehelai executive jacket & saya sangat-sangat berpuas hati dengan jaket tersebut

 

  30 DECEMBER 2009:ISMA (PULAU PINANG)
  Ok Cantik.

 

  23 DECEMBER 2009:NAZEELIE (SELANGOR)
  Ok dah sampai..MEMANG TERBAIK BRO...Insya Allah aku order lagi...

 

  30 NOVEMBER 2009:BENYAMIN (PULAU PINANG)
  Tiada masalah, quality yang bagus, harap lepas ni dapat berurusan lagi dengan bro Hidayat

 

   30 NOVEMBER 2009:WAN AZDI (PUTRAJAYA)
  Saya baru terima jacket tu, dan saya amat berpuas hati..Terima kasih..Nnt saya akan hubungi untuk tempahan lagi..Ramai kwn memuji

 

  28 NOVEMBER 2009:ZURAIDAH (JOHOR)
  Jacket ok, Cantek

 

  27 NOVEMBER 2009:AQIF http://www.aqifstrategi.com/ (SELANGOR)
  Alhamdulillah, saya amat berpuashati dengan perkhidmatan tuan.Nanti saya nak order t-shirt dalam 20 helai

 

   27 NOVEMBER 2009:IZAT (MELAKA)
  Tiada apa-apa masalah tentang t-shirt tersebut, saya berpuas hati

 

  25 NOVEMBER 2009:HIDAYAH (PULAU PINANG)
  Semua t-shirt ok, tiada apa-apa masalah(^_^)

 

   24 NOVEMBER 2009:KHAIROL (SABAH)
  Semua Jacket overall ok, tiada apa-apa masalah, dalam masa 2 hingga 3 minggu lagi kami akan tempah lagi 50 helai dan selepas ini kami akan terus berurusan dengan saudara sahaja.

 

  12 NOVEMBER 2009:AZIZ BIN HASSAN(SELANGOR)
  Saya amat tidak berpuas hati dengan servis kali kedua,.antaranya ada nama web belakang sulam berkedut menjejaskan baju,,logo JATA trlalu kecil,perkhidmatan bas exspers yang menyusahkan saya tidak tepati masa dan tempat berubah2,.jenama baju tidak sama yang ditempah,.harap ambil perhatian,memang mengecewakan untuk kali ini,."ini testimoni saya"

PENJELASAN PIHAK TERUS TEGUH ENTERPRISE

Terima kasih di atas testimoni saudara.Kami harap saudara dapat bersabar dan baca dahulu penjelasan dari kami, harap dapat mempertimbangkan testimoni saudara.Berkenaan nama laman web yang berkedut, adakah semuanya begitu, selama yang pernah kami lakukan, ianya langsung tiada kedutan dan menjejaskan jacket, saudara boleh menghantar semula untuk diperbaiki jika saudara mahu.Berkenaan dengan logo, kami menggunakan size standard yang digunapakai oleh kebanyakan syarikat sulaman, dan ramai yang berpuas hati dengan size tersebut, kami yakin jika size logo tersebut lebih besar, saudara akan lebih tidak berpuas hati.Berkenaan dengan perkhidmatan bas express pula, kami mengikut jadual seperti yang diberikan oleh pihak bas express sahaja, kami tiba di stesen sebelum pukul 2 seperti yang dijanjikan untuk membuat penghantaran tepat jam 2, namun selepas jam 2,bas expres yang bertolak ke Klang masih belum tiba hingga jam 3 lebih mungkin berlaku sebarang masalah seperti traffic jam atau sebagainya.Selepas parcel diserahkan, ianya di luar bidang kuasa kami, kami memberi segala maklumat tentang no bas express tersebut serta di mana bas tersebut akan tiba dan no telefon pemandu bas terbabit kepada saudara melalui SMS untuk lebih mudah memeriksa bila mereka akan tiba dari Pulau Pinang. tempoh perjalanan yang kami berikan iaitu 6 jam cumalah anggaran yang diberikan oleh pihak Bas Express sahaja, kita tidak akan tahu dengan pelbagai kemungkinan seperti traffic jam dan sebagainya. Brand Rightway yang saudara mahukan memerlukan sedikit masa daripada saudara untuk disiapkan, namun saudara mahukan ia dengan segera, kami terpaksa menggunakan brand sport tersebut yang kualitinya adalah sama seperti Brand Rightway.Jika di Penang, lebih ramai yang memakai brand Sport tersebut dari Rightway. Harap dapat mempertimbangkan testimoni saudara.terima kasih(^_^)

 

  20 NOVEMBER 2009:SAIFULDIN
  Berikutan dengan kecemerlangan tempahan jaket yang ditempah dahulu, pihak kami ingin menanya kepada pihak terus teguh, sama ada sudi mengambil tempahan dari pihak kami atau tidak. Pihak Kami merancang untuk membuat tempahan jaket. Kuantiti akan dimaklumkan kemudian, pihak kami ingin mengetahui harga untuk sehelai jaket. Harap tindakan cepat dapatt dibuat. (saifuldin_JKM)

 

  12 NOVEMBER 2009:AZIZ BIN HASSAN(SELANGOR)
  Testimoni:Saya telah terima sebanyak 85 baju dan 1 jaket,semua kawan2 menunjukkan reaksi yang baik dan berpuas hati dengan warna dan design yang menarik,dalam masa terdekat saya akan tempah lebih banyak jaket lagi.

 

  25 OKTOBER 2009:RAHIMI BIN DOLLAH
  Saya telah menerima pesanan hari ini.Ahad 25 OKT 2009.Mungkin sebab Kelantan cuti hari Jumaat.Apa pun terim kasih dan keseluruhannya saya berpuas hati dengan produkt yang dikirimkan

terima kasih

 

  28 OKTOBER 2009:MUHAMMAD ZAID BIN RODZUAN
  Kualiti bagus.Nampak kemas bila pakai.Mmg puas hati dgn jacket tu.tq.

 

  15 OKTOBER 2009:MOHAMMAD SOHAIMI
  Tak ada apa-apa masalah:Servis ok

 

  15 OKTOBER 2009:HUSSAINI BIN MAZLAN ZULKIFLI
  Jacket ok, saya akan hubungi lagi untuk tempahan yang akan datang
......................................................................................................................................................................................................................................................
 
  Pembayaran:  

     
  Penghantaran:    
 

Segala bentuk pembayaran dan penghantaran akan menggunakan servis-servis dari syarikat di atas.

  Dasar Privasi  |Profil|Hubungi|Produk|Terma & Syarat
  Segala yang terkandung adalah Hak Cipta Terus Teguh Enterprise 2008-2010
  anda pasti berpuas hati dengan produk serta servis kami
Bookmark and Share